Friday, December 31, 2010

Hari Kehancuran


Gambaran Hari Qiamat

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri. 

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati. 

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi. 

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih. 

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak. 

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka. 

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat. 

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan. 

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun. 

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga. 

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah: 

ⅰ- Pemimpin yang adil. 

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah. 

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid. 

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah. 

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah". 

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai). 

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah. 


✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan. 

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda. 

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi. 

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat. 

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana. 

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin. 

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan. 

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah. 

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin. 

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa. 

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab. 

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang. 

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana. 

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat. 

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat : 

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab. 

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab. 

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka. 

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.) 

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain. 

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya. 

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya. 

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka. 


Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.



☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

25 Amalan membawa ke Syurga Allah


http://stb.msn.com/i/D5/356EB4CE8633836268EEF4917685F.jpg
بسم الله الرحمن الرحيم

إخوانى وأخواتي حتما إن الطريق الى الجنة يتطلب منا العمل والمثابرة والاجتهاد في حسن طاعة الله عز وجل

حاله حال أي تفوّق دراسي أو غيره ليجازى به الجنة

فمعاً دعونا نتمعن في الطرق التي توصلنا الى الجنة بإذن الله تعالى

1 - (( من لقي الله لا يشرك به شيئاً دخل الجنة ))


[ البخاري ]

Sesiapa bertemu dengan Allah tanpa syirik dengan sesuatu, masuk syurga..

2 - (( من آمن بالله وبرسوله ، وأقام الصلاة ، وصام رمضان ، كان حقاً على الله أن يدخله الجنة ))

[ البخاري]
Sesiapa beriman kepada Allah SWT, RasulNya, menunaikan solat dan berpuasa pada bulan Ramadhan, maka dia berhak memasuki syurga.

3- ((من بنى مسجداً يبتغي به وجه الله بنى الله له مثله في الجنة ))

[ البخاري ]
Sesiapa membina masjid  kerana mengharapkan keredhaan Allah SWT, Allah membina sebuah mahligai yang sama nilai dengan masjid didalam syurga kelak.

4- (( من صلى البردين دخل الجنة ))

[ البخاري ] Sesiapa solat Subuh dan Isyak, masuk syurga.

5- (( من غدا إلى المسجد وراح أعدَّ الله له نزله من الجنة كلما غدا أو راح ))

[ البخاري ]
Sesiapa berulang-alik pagi dan petang ke masjid dia kan mendiami syurga.

6- (( من يضمن لي ما بين لحييه وما بين رجليه أضمن له الجنة ))

[البخاري]
Sesiapa dapat menjaga mulut dan kemaluannya pasti dapat memasuki syurga.

7- (( من صلى اثنتي عشرة ركعة في يوم وليلة بُني له بهن بيت في الجنة ))

[ مسلم ]
Sesiapa menunaikan solat sunat 12 rakaat malam dan siang pasti memasuki syurga.

8- (( من سلك طريقاً يلتمس فيه علماً سهّل الله له به طريقاً إلى الجنة ))

[ مسلم ]
Sesiapa berjalan dengan tujuan menuntut ilmu Allah SWT memudahkan baginya laluan ke Syurga.

9- (( من قال مثل ما يقول المؤذن من قلبه دخل الجنة ))

[ أبو داود ]
Sesiapa menjawab azan dengan sempurna pasti masuk syurga.

10- (( ما من أحد يتوضأ فيحسن الوضوء ويصلي ركعتين يقبل بقلبه ووجهه عليهما إلا وجبت له الجنة ))

[ أبو داود ]
Sesiapa berwuduk dengan sempurna dan melaksanakan solat sunat wuduk 2 rakaat, pasti masuk syurga.

11- (( من قال رضيت بالله رباً ، وبالإسلام ديناً ، وبمحمد صلى الله عليه وسلم نبياًّ وجبت له الجنة ))

[ أبو داود ]
Sesiapa meredhai Allah SWT sebagi Tuhannya, Islam sebagai agamanya dan Nabi Muhammad sebagai nabinya pasti masuk syurga.

12- (( من كان آخر كلامه لا إله إلا الله دخل الجنة ))

[ أبو داود ]
Sesiapa mengakhiri hidupnya denga kalimah di atas pasti masuk Syurga.

13- (( من قال سبحان الله العظيم وبحمده غرست له نخلة في الجنة

[ الترمذي ]
Sesiapa membaca doa diatas dia akan memetik tamar di dalam syurga.

14- (( من مات وهو بريء من ثلاث : الكبر ، والغلول ، والدّين دخل الجنة ))

[ الترمذي ]

Sesiapa mati dan tidak memilki sfat takabbur, melakukan perkara sia-sia dan tidak memilki hutang maka  masuk syurga.

15- (( اللهم أنت ربي لا إله إلا أنت ، أعوذ بك من شر ما صنعت ، أبوء لك بنعمتك عليَّ وأبوء لك بذنبي فاغفر لي ، فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت . من قالها من النهار موقناً بها فمات من يومه قبل أن يمسي فهو من أهل الجنة ، ومن قالها من الليل وهو موقن بها فمات قبل أن يصبح فهو من أهل الجنة ))

[ البخاري ]
Sesiapa berdoa dengan doa di atas pada siang hari lalu dia meninggal di malam hari, maka masuk Syurga  serta menjadi ahli syurga dan begitulah disebaliknya.

16- (( من أذن اثني عشرة سنه وجبت له الجنة ))

[ ابن ماجة ]
Sesiapa  melaungkan azan selama 12 tahun, pasti dia dapat memasuki Syurga.

17- (( من سأل الله الجنة ثلاث مرات قالت الجنة : اللهم أدخله الجنة ))

[ الترمذي ]
Sesiapa berdoa memohon  syurga sebanyak 3 kali dengan lafaz di atas pasti masuk syurga.

18- (( من عاد مريضاً أو زار أخاً له في الله ناداه مناد أن طبت وطاب ممشاك ، وتبوأت من الجنة منزلاً ))

[ الترمذي ]
sesiapa menziarahi pesakit, samada suadaranya, Allah kan menyuruh malaikat mendoakan kebaikan sepanjang perjalanan pergi dan balik  dari rumah pesakit yang diziarahinya. pasti dia memasuki Syurga.

19- (( إن الصدق يهدي إلى البر وإن البر يهدي إلى الجنة ))

[ البخاري ]
Bersedekah membawa kepada kebaikan, setiap kebaikan pasti memperolehi Syurga.

20- (( تكفل الله لمن جاهد في سبيله لا يخرجه إلا الجهاد في سبيله وتصديق كلماته بأن يدخله الجنة ))

[ البخاري ]
Membenarkan agama Allah dan berjihad Di jalan Allah pasti masuk syurga.

21-

(( أيها الناس ، أفشوا السلام ، وأطعموا الطعام ، وصلوا والناس نيام ، تدخلوا الجنة بسلام ))

[ الترمذي ]
Menyebarkan keamanan, memberi makan kepada orang ramai, menghubung silaturrahim pasti masuk Syurga.

22- (( العمرة إلى العمرة كفارة لما بينهما ، والحج المبرور ليس له جزاء إلا الجنة ))

[ البخاري ]
Mereka yang berjaya mendapatkan haji mabrur dan menjaga dari sebarang dosa diantara dua umrah.

23- (( إن لله تسعة وتسعين اسماً مائة إلا واحداً ، من أحصاها دخل الجنة ))

[ البخاري ]
Sesiapa menghafaz 99 nama Allah SWT, masuk Syurga.

24- (( لقد رأيت رجلاً يتقلب في الجنة في شجرة قطعها من ظهر الطريق كانت تؤذي الناس ))

[ مسلم ]
Membuang kayu yang menghalang laluan orang ramai, atau yang menyakiti orang ramai.

25- ((من عال جاريتين دخلت أنا وهو الجنة ))

Sesiapa membebaskan dua orang hamba jariah. Aku dan dia bersama dalam syurga.

Nota: Sila hantar komen, jika terdapat kesalahan atau penambahbaikan.

About Me

My photo
Kuantan, Pahang, Malaysia
nme sye Wan Aiman bin Wan Hasni Shah...sye nie tggal kat kg Kempadang...