Friday, January 21, 2011


ERTI KEMATIAN

        Yang dimaksudkan dengan mati ialah berpisahnya roh dengan badan.Ada juga yang buat definisi mati itu berhentinya jantung berdenyut,bekunya darah dan lain sebagainya.sebenarnya definisi yang mengatakan keluarnya roh dari badannya itu tidak bertentangan dengan definisi yang lainnya tadi.
        Apabila roh sudah keluar dari badan sudah pasti jantungnya akan diam,darah beku,bahkan seluruh anggota tubuh tidak berfungsi lagi.barangkali orang yang membuat definisi .Yang kedua dan ketiga tadi ialah orang yang tidak mempercayai roh dalam tubuh manusia itu.
        Untuk lebih jelasnya tentang kematian ini,baiklah kita bahas proses keluarnya roh itu dan siapa yang mencabutnya.Yang mencabut roh itu adalah Malakulmaut ataupun Izrail.Perbezaan Malakulmaut dengan Izrail,Izrail adalah ketuanya,sedangkan Malakulmaut ialah setiap malaikat yang turut membantu pencabutan roh itu.
        Malaikat Izrail (a.s)mempunyai pembantu dalam mencabut nyawa manusia,sekalipun pada akhirnya Izrail juga yang mencabutnya.Roh itu ditarik oleh malaikat-malaikat maut dari sekujur tubuh manusia,kemudian setelah sampai di ubun-ubun barulah ditarik oleh Malaikat Izrail (a.s).
        Pertama sekali roh itu ditarik dari tumit atau kaki,menjalar sampai ke betis,paha,perut,dada,kerongkong,kepala dan pada  akhirnya dicabut oleh Malaikat Izrail dari ubun-ubun.Orang yang dicabut rohnya merasa cukup pedih kerana roh itu dicabut dari sekujur tubuh.cubalah bayangkan bagaimana sakitnya seandai dicabut satu urat dari badan kita.Untuk lebih dekatnya kepada pemahaman kita bagaimana perasaan anda apabila dicabut sehelai rambut dari misai atau janggut anda?sedangkan sehelai rambut sudah terasa sakit apalagi gigi atau urat.Dan dicabut itu bukan hanya satu urat tetapi berjuta-juta urat,bukan satu sel tetapi berjuta-juta sel kerana tempat roh itu meliputi seluruh badan.Untuk lebih jelasnya bagaimana pedihnya pencabutan roh itu nanti akan dibahas dalam bab sakaratulmaut.
        Apabila roh itu sudah meninggalkan tumit,mulailah tumit berasa dingin,begitu juga meninggalkan betis dan peha.Dan apabila roh sudah sampai di kerongkongan,ia bertahan sejenak.saat seperti inilah yang disebut ghargharah,yang mana taubat dan penyesalan seseorang tidak diterima lagi,sesuai dengan hadis yang mafhumnya “Sesungguhnya Allah sentiasa menerima taubat seseorang hamba selama belum sampai saat ghargharah”
        Setelah itu roh tadi berjalan sampai ke ubun-ubun,kemudian dicabut oleh Malaikat Izrail.Ketika roh itu keluar,mata turut mengiringi nya.itulah sebabnya mata orang meninggal itu selalu terbeliak atau melihat ke ubun-ubun.
         Mata si mayat yang terbeliak itu hendaklah dipejamkan,
Begitu juga mulutnya apabila ternganga hendaklah ditutupkan.ini dilakukan ,di samping untuk membaguskan pandangan,juga mengelakkan kekotoran atau serangga yang dikhuatiri masuk ke mulut atau mata si mati.
        Dan juga disuruh supaya melipat tangan si mati serta meluruskan kakinya.ini semua perlu di segera dilakukan,kerana kalau lambat-lambatkan mata dan mulutnya tidak mahu menutup lagi,sementara tangannya susah dilipat kerana sudah kaku.
        Kematian adalah satu hal yang pasti terjadi dan akan dialami oleh setiap yang bernyawa.Cuma bila dan dimana seseorang itu akan mati tidak ada yang tahu kecuali Allah.kalau ajal sudah tiba tidak boleh ditangguhkan dan tidak boleh dipercepatkan dari waktu yang sudah ditetapkan itu.Disamping itu kita tidak boleh lari dan bersembunyi untuk menghindarkan diri dari maut itu.    

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Kuantan, Pahang, Malaysia
nme sye Wan Aiman bin Wan Hasni Shah...sye nie tggal kat kg Kempadang...